HEDONISME

1.0 PENDAHULUAN

 

  Kemunculanaliranpemikirandalam Islam berkembang pesat dengan kemasukan falsafah Greek pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah. Kemasukan aliran ini bukan sahaja meresap masuk dalam pemikiran tokoh-tokoh Islam malah turut mewujudkan beberapa disiplin ilmu khususnya dengan kelahiran ilmu kalam. Kesan daripada kelahiran ilmu ini, maka terbentuklah dua aliran aqidah yang bertentangan antara satu sama lain. Aliran tersebut merangkumi aliran al-Muta’zilah dan al-Asyairah.

 

Walaupun pengaruh falsafah Greek atau lebih tepat lagi pemikiran barat dapat dimurnikan tokoh-tokoh Islam seperti Imam al-Ghazali, namun aliran pemikiran ini kemudiannya menular masuk dalam pelbagai bentuk selepas jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniah. Aliran pemikiran barat ini bukan sahaja menjadikan akal sebagai tunjang utama malah cuba memisahkan agama daripada kehidupan manusia. Hal ini dapat dilihat dengan rosaknya agama Yahudi dan Nasrani apabila diresapi fahaman falsafah yang pelbagai sehingga menolak peranan wahyu.

 

Pada masa kini, kemunculan aliran sekularisme yang secara jelas bersifat anti agama dan berasaskan budaya hawa nafsu sedikit sebanyak telah menghancurkan pemikiran umat Islam. Menurut Muhammad Naquib al-Attas, Sekularisme bermaksud pembebasan manusia daripada aspek agama dan meta fizik. Ia juga dapat didefinisikan sebagai satu ideology atau ajaran yang membina seluruh pengarahan hidup manusia dalam setiap aspeknya selain daripada ibadah keagamaan di atas asas kepentingan, keperluan, ukuran, dan nilaian duniawi semata-mata. Dalam erti kata lain ajaran ini menolak ukuran agama sebagai asas bermasyarakat dan bernegara disamping menjadikan pemenuhan tuntutan duniawi sebagai matlamat tertinggi dan sebenar manusia. Akibat dari menjadikan akal sebagai tunjang utama kehidupan, timbul pelbagai aliran pemikiran dalam masyarakat mengikut acuan yang tersendiri seperti Komunisme, Kapitalisme, Liberalisme, Pluralisme dan Hedonisme.

2.0 PENGENALAN

Hedonisme menurut pergertian Kamus Dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Menuruti sejarah, fahaman hedonism didukung oleh Aristipus salah seorang murid falsafah Yunani yang terkenal iaitu Socrates. Halini merujuk kepada pertayaan Socrates kepada beliau tentang tujuan terakhir bagi kehidupan manusia atau apa yang terbaik untuk manusia. Aristipus kemudian mengatakan bahawa yang terbaik untuk manusia adalah kesenagan.

Hal ini terbukti kerana sudah lumrah manusia ketika kecik akan tertarik kepada kesenagan dan apabila telah menikmatinya, dia tidak mencari sesuatu yang lain dan menjauhkan diri daripada ketidaksenagan.

Idea ini kemudian dikembangkan oleh Epicurus dengan mengatakan tujuaan hidup untuk kesenangan dan kedalaman. Dalam fahaman ini, Epicurus menekankan bahawa kebaikan tidak mungkin akan difahami seandainya kita menolak unsur kelazatan dalam hidupseperti ini kmat dapat dilihat dan didengar oleh penglihatan dan pendengaran.

Oleh sebab itu, hedonisme dilihat mengariskan keseronkan sebagai tunjang utama kehidupan. Keseronokan ini diputuskan sendiri oleh akal manusia. Hal ini sedikit sebanyak bertepatan dengan matlamat sekularisme yang mahu memastikan manusia bebas daripada segala unsur ketuhanan.

Prinsip Relatif pula menekankan tidak ada sesuatu konsep dan pemahaman terhadap sesuatu fakta atau teori yang bersifat mutlak dan kekal. Sebaliknya semuanya boleh berubah mengikutperubahan zaman dan perkembagan ilmu pengetahuan. Prinsip Hedonisme pula menggariskan apa- apa sahaja yang boleh memuaskan hawa nafsu manusia akan dianggap baik ,manakala apa-apa sahaja yang boleh membawa penderitaan nafsu akan dianggap buruk. Prinsip terakhir pula menganggap majority masyarakat sebagai pemutus. Aliran ini menganggap pilihan majority adalah baik.

 

 

3.0 DEFINISI HEDONISME

 

Hedonisme dalam bahasa Yunani, hedone berarti kegembiraan, kesenangan, atau kenikmatan. Secara sederhana, pengertian hedonisme adalah paham atau etika yang diwujudkan dengan gaya hidup yang menjadikan kenikmatan atau kebahagiaan sebagai tujuan utama dalam hidup. Hal ini sesuai dengan falsafah etika hedonisme yang berpandangan, bahwa kenikmatan atau kesenangan adalah tujuan hidup yang tidak perlu dihindarkan dan setiap orang suka merasakan kesenangan atau kenikmatan.

 

4.0 MAKSUD HEDONISME

4.1 MENURUT ISLAM

 

  Islam sangat memandang berat pemikiran-pemikiran yang cuba menganggu umat islam. Hal ini kerana sekiranya pemikiran-pemikiran ini tidak dikawal, ia mampu merosakkan akidah umat islam. Sedangkan akidah berfungsi sebagai tonggak seluruh perancangan hidup manusia khususnya yang menyentuh aspek perancangan umrah.

 

  Lazimnya, perbincangan mengenai akidah akan turut melibatkan persoalan Iman. Konsep keimanan adalah mengenai individu yang mempunyai akidah yang benar dan mempunyai tiga elemen penting merangkumi pengangan kuat berasaskan keyakinan, wujudnya ansur ketundukan yang tulus dalam sanubari manusia terhadap apa yang diimaninya yang terakhir adanya unsur cetusan atau ransangan dalaman dalam diri individu tersebut untuk menterjemahkan seluruh prinsip keimannya di dalam diri individu tersebut untuk meterjemahkan seluruh prinsip keimannya di alam kenyataan dengan berusaha untuk menyelaraskan seluruh aktiviti hidup harianya berasaskan nilai-nilai keimanan tersebut.

 

  Ini kerana individu tersebut tidak boleh bersabar melihat segala aktiviti hidup dilangsungkan berasaskan bentuk dan kaedah yang bertentangan dengan asas-asas keimanan yang terpendam jauh dan kental dalam hati sanubarinya.

 

4.2  SECARA UMUM

  Hendonisme adalah pandangan hidup yang menganggap bahwa orang akan menjadi bahagia dengan mencari kebahagiaan sebanyak mungkin dan sedapat mungkin menghindari  perasaan-perasaan yang menyakitkan. Hendonisme merupakan ajaran atau pandangan bahawa kesenangan atau kenikmatan merupakan tujuan hidup dan tindakan manusia. Orang yang  seperti ini hanya memandang bahawa kesenagan kenikmatan dan kebahagiaan baik lahir atau batin menjadi tujuan utama dalam hidup manusia di dunia ini. Sehigga pahaman Hendonisme merupakan satu cara pandagan tertentu dalam memahami hidup manusia.

 

5.0 LATAR BELAKANG HEDONISME

  Perkataan hedonism telah mula dipakai semenjak zaman Yunani lagi iaitu zaman yang melahirkan ramai tokoh falsafah yang terkemuka yang banyak mempengaruhi ramai cendekiawan hingga ke hari ini. Boleh dikatakan bahawa istilah hedonism melalui dua fasa iaitu fasa Yunani iaitu sebelum masihi dan fasa Barat (Renaisans). Fasa Yunani Tokoh istilah hedonisme di zaman ini ada ramai tetapi yang dinyatakan di sini hanya yang terkemuka sahaja iaitu Aristotle, ada tiga pola hidup yang memuat kepuasan dalam dirinya sendiri iaitu hidup yang mencari nikmat, hidup praktis dan hidup sebagai seorang filsuf. Hidup yang mencari nikmat inilah yang disitilahkan sebagai Hedonisme. Hedonisme menurut beliau ialah pencapaian kebahagiaan bukan dengan kenyataan tetapi dengan disertai dengan suatu tindakan. Dalam bahasa sekarang ialah manusia mencapai kebahagiaan dengan mengembangkan potensi diri melaui kekuatan-kekuatan yang dimilikinya dan bukan dengan bersikap menerima sahaja. Epikuros Zaman ini dikatakan sebagai zaman permulaan Hellenisme. Beliau menakrifkan hedonism dengan pencapaian kenikmatan setelah seseorang berjaya menguasai diri dari melakukan sesuatu yang mendapat kenikmatan tetapi mendatangkan bahaya selepas itu. Contohnya makan banyak akan mendatangkan penyakit. Beliau juga turut digelar dengan hedonism kasar. Aristippus, Aristippus dikatakan telah menyempitkan erti hedonism dengan erti kebahagiaan itu dengan pencapaian kenikmatan indera manusia. Mungkin beliau mengemukakan definisi begini kerana bagi melembutkan makna hedonisme yang sebelum itu memerlukan pengorbanan untuk mencapai kenikmatan dan kebahagiaan. Fasa Barat atau Renaisans Istilah hedonisme ini muncul semula pada abad ke 17 setelah Barat mula bangkit dari zaman gelap mereka. Ketika ini ramai cendekiawan Barat yang telah lahir dan pencapaian dalam bidang ilmu pengetahuan dan sains mereka mula berkembang. Perkataan renaisans juga boleh dirujuk kepada kebangkitan semula pembelajaran Romawi dan Yunani di Eropah. Perubahan dari zaman kegelapan telah mengambil masa yang panjang, sungguh pun demikian Renaisans telah memberi lebih peluang begi kebebasan individu dari segi agama, penulisan, kebudayaan serta kesedaran dan pencapaian yang cemerlang dalam sastera dan sains. Sebagaimana kebangkitan Barat hasil pemisahan pertentangan terhadap insitusi gereja, begitu juga dengan nilai moral yang mereka miliki. Oleh kerana tidak mempercayai unsur dalaman (rohani), istilah mencapai kebahagiaan (hedonisme) mereka juga menolak ketuhanan atau unsur spiritual dan ia memiliki konsep yang sama dengan Aristippus namun skop pencapaian kebahagiaan Barat lebih besar iaitu untuk sebilangan besar manusia. Setelah itu istilah hedonism terus berkembang mengikut falsafah sekular Barat itu sendiri. Di dalam buku Pendidikan Islam yang telah diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd menyatakan bahawa hedonism adalah merupakan salah satu konsep moral yang bersifat sekular yang telah muncul di Amerika pada tahun 1876 yang diperolehi oleh Dr. Felix Adler dari Columbia University. Iaber mula apabila Amerika berhadapan dengan resolusi yang dibawa oleh American Ethical Union yang menyatakan ‘kepentingan yang amat penting” ialah faktor etika perlu diasingkan dalam semua hubungan kehidupan peribadi, masyarakat, bangsa, negara dan di peringkat antarabangsa. Golongan moral secular berpendapat baik atau buruk adalah persoalan yang termasuk dalam konsep falsafah moral yang melahirkan pelbagai aliran falsafah moral sekular di antaranya ialah aliran hedonisme yang membawa fahaman baik dan buruk merujuk kepada pertimbangan nafsu dan naluri. Begitulah kronologi kelahiran hedonisme yang telah melalui pelbagai proses perkembangan mengikut tokoh yang mempeloporinya tetapi yang wujud kini adalah hedonisme yang diadaptasi dari Barat. Lebih membahayakan lagi, Barat bukan sekadar menolak ketuhanan tetap inilai moral dan etika yang baik juga ditolak bagi mengasingkan terus nilai-nilai spiritual yang berkemungkinan hasil dari dendam mereka terhadap institusi gereja yang pernah mencengkam mereka sebelum ini.

6.0 IMPLIKASI BUDAYA HEDONISME

Kesan budaya hedonism menyebabkan generasi muda pada masa kini mudah lupa akan matlamat hidup yang sebenar. Oleh itu, ini akan menjejaskan usaha remaja untuk menjadi golongan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi.

Kesan negatif hedonisme juga akan meningkatkan gejala jenayah sosial dalam kalangan remaja dan belia. Jika golongan para remaja terlibat dalam budaya ini ianya akan memburukkan lagi keadaan tambahan pula sekarang kadar jenayah semakin meningkat dari masa ke semasa.

Selain itu, ini akan menggagalkan lagi usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu pengetahuan. Golongan yang terlibat dengan budaya ini secara automatik akan menjejaskan perilaku akhlak seseorang.

Budaya hedonisme juga akan memudarkan lagi nilai-nilai keagamaan dalam diri golongan remaja dan belia. Nilai keagamaan sangat penting kerana ianya menjadi panduan untuk kita dalam menjalani liku-liku kehidupan yang semakin mencabar.

Kerajaan juga terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk membanteras masalah yang timbul berkaitan dengan gejala hedonisme ini. Dalam masa yang sama, ini akan membantut usaha dalam mencapai wawasan 2020.

 

 

 

 

 

 

 

7.0 HEDONISME

7.1  PUNCA HEDONISME

Terdapat pelbagai punca budaya hedonism ini menular dalam kalangan masyarakat kita. Perkara ini tidak sepatutnya dipandang remeh dan diambil mudah kerana ia telah menjajah dan menghanyutkan pemikiran serta minda masyarakat kita terutamanya golongan remaja. Antara punca yang berlaku adalah :

i. Pengaruh Media Massa

Melalui perkembangan media massa, pengaruh budaya hedonism ini dapat menular ke negara ini dengan begitu mudah. Hedonisme ini boleh dianggap neokolonialisme yang juga bermaksud amalan geopolitik menggunakan kapitalisme, globalisasi perniagaan dan imperialisme budaya untuk mempengaruhi negara yang khususnya menyerangi generasi muda. Pelbagai konsep dan cara hidup seperti minum arak, melepak, mengunjungi pesta liburan, seks bebas, parti liar dan sebagainya. Secara jelasnya, konsep yang dikemukakan itu hanya mengutamakan kepuasan nafsu tanpa wujudnya sebarang paduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama.

 

ii. Kurang Pegangan Agama

Faktor agama adalah penting di dalam kehidupan seorang manusia dan apabila pegangan agama masyarakat terutamanya di dalam diri golongan muda tidak teguh, mereka tidak akan mendapat ketenangan jiwa dan inilah menyebabkan mereka mudah terjerumus dalam kancah budaya hedonisme. Kesan globalisasi dunia tanpa sempadan ini menjadi punca kepada budaya ini sehingga ada yang menghalalkan cara hidup barat yang sangat bertentangan dengan ajaran agama Kristian, Islam dan lain-lain. Di sini ingin menggalakan agar golongan muda dapat memupuk nilai-nilai murni di dalamdiri agar dapat mengelakkan diri daripada budaya hedonisme.

 

 

iii. Kurang Pengawalan atau Pengawasan Ibu Bapa

Peranan ibu bapa adalah sangat penting di dalam hidup seorang anak. Sikap ibu bapa yang kurang mengawasi anak-anak mereka juga memberi peluang kepada remaja-remaja untuk keluar lepak dan menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak bermanfaat yang boleh merosakkan akhlak para remaja. Kebanyakan ibu bapa zaman ini lebih mengajar kemewahan dunia-wi dan kepentingan materialistik sehingga mengabaikan kebajikan anak mereka sendiri.

 

iv. Keruntuhan Institusi Kekeluargaan

Keruntuhan institusi keluarga dan permasalahan rumah tangga yang berpunca daripada penceraian, poligami dan sebagainya juga memberi tekanan kepada jiwa para remaja dan anak-anak. Sekaligus menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan di luar rumah dan menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah mereka.

 

7.2  KESAN HEDONISME

Terdapat pelbagai kesan yang akan diperoleh dari budaya hedonisme dan antaranya adalah, ia akan menyebabkan generasi muda pada masa kini mudah lupa akan matlamat hidup yang sebenar. Oleh itu, ia akan menjejaskan usaha remaja untuk menjadi golongan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Budaya hedonisme ini juga akan meningkatkan gejala jenayah sosial dalam kalangan remaja dan belia. Jika golongan remaja terlibat dalam budaya ini, ianya akan memburukkan lagi keadaan tambahan pula sekarang kadar jenayah semakin meningkat dari masa ke semasa. Bukan sahaja itu, budaya hedonisme ini dapat menggagalkan lagi usaha kerjaan untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu pengetahuan. Bukan sahaja itu, ia juga boleh memudarkan lagi nilai- nilai keagamaan dalam diri golongan remaja. Nilai keagamaan adalah sangat penting dalam diri seseorang kerana ia menjadi panduan untuk kita dalam menjalani liku-liku kehidupan yang semakin mencabar apabila seseorang itu semakin membesar.

 

 

 

8.0 CARA MENGATASI HEDONISME

Banyak cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah budaya hedonisme ini. Oleh itu, kita sendiri haruslah memasang niat dan matlamat supaya dapat mengelakkan diri daripada terlibat daripada budaya ini, misalnya, ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Dari masa ke semasa, ibu bapa perlu mencari tahu tentang keberadaan anak-anak mereka dan apakah yang dilakukan oleh anak-anak mereka semasa berada di luar rumah. Ibu bapa juga harus mendidik anak mereka dari kecil tentang budaya-budaya yang tidak bermanfaat di luar sana. Mengajar mereka tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara supaya anak-anak lebih memahami cara hidup di luar dan tidak mudah dipengaruhi rakan-rakan sebaya yang tidak membawa manfaat di dalam hidup.

Selain itu, kita harus sentiasa mendekatkan diri kita pada Tuhan untuk mengatasi budaya hedonisme. Kita harus mengiringi diri dengan peningkatan iman kepada Tuhan agar selalu bersyukur atas apa yang telah dimiliki dan tidak mudah bersikap iri kepada orang lain. Selalu amalkan nilai-nilai yang telah diajar agama sendiri dan patuh ke pada ajaran agama seperti jangan mencuri, jangan berbohong dan menghormati satu sama lain.

Seorang individu juga haruslah bijak dan berhati-hati dalam memilih teman. Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, namun bukan semua orang boleh menjadi kawan kita. Lingkungan pergaulan dapat mempengaruhi keperibadian serta gaya hidup seseorang, maka dari itu, kita haruslah mempunyai kebijaksanaan dalam memilih kawan. Justeru itu, kita boleh menjadi seseorang yang mempengaruhi lingkungan persahabatan kita dengan pengaruh yang baik.

Jangan lupa juga untuk sentiasa hidup dengan sederhana, percaya pada diri dan sentiasa mengamalkan hidup yang berfaedah, mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang tidak membawa kesan-kesan negatif dalam hidup diri dan sentiasa bersikap positif dalam segala sesuatu. Jika mempunyai masalah yang membuat diri terasa tidak nyaman, seseorang itu boleh meluahkannya kepada ibu bapa atau kawan-kawan rapat yang boleh membantu agar tidak dipendam dan akhirnya menjadi masalah yang lebih besar.

 

9.0 LAMPIRAN

 

 

 

 

 

 

 

10.0 KESIMPULAN

 

Sebagai penghias bicara akhir, remaja kita pada masa kini sering tidak mengendahkan perihal tentang menghormati ibu bapa, guru dan golongan yang lebih tua daripada mereka tentang belajar, serta bekerja dan lain-lain lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka hanya mementingkan keseronokkan daripada semua itu. Mereka juga sering merasakan diri mereka seperti kurang bermakna tanpa adanya keseronokkan dalam hidup serta memilih hiburan yang melampau.

Biasanya, remaja yang sering terjebak dengan hedonisme adalah berumur dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja berumur antara 11 hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam lingkungan umur inilah ramai remaja kita menghadapi pelbagai masalah. Dengan kata lain, remaja kini bukanlah golongan remaja zaman dahulu, malahan mereka diibaratkan seperti bayi yang perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh.

Pada masa kini, negara kita mengalami pelbagai masalah yang sering melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Namun begitu, mereka juga sering berpendapat bahawa masalah atau gejala social dalam golongan remaja adalah normal bagi umum mereka yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala social yang berlaku di seluruh Negara adalah dalam kalangan anak muda iaitu remaja. Dengan ini diharapkan , ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha mendidik anak-anak mereka supaya menjadi generasi yang berguna pada masa hadapan.

Comments