Posts

HEDONISME

Image
1.0 PENDAHULUAN     Kemunculanaliranpemikirandalam Islam berkembang pesat dengan kemasukan falsafah Greek pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah. Kemasukan aliran ini bukan sahaja meresap masuk dalam pemikiran tokoh-tokoh Islam malah turut mewujudkan beberapa disiplin ilmu khususnya dengan kelahiran ilmu kalam. Kesan daripada kelahiran ilmu ini, maka terbentuklah dua aliran aqidah yang bertentangan antara satu sama lain. Aliran tersebut merangkumi aliran al-Muta’zilah dan al-Asyairah.   Walaupun pengaruh falsafah Greek atau lebih tepat lagi pemikiran barat dapat dimurnikan tokoh-tokoh Islam seperti Imam al-Ghazali, namun aliran pemikiran ini kemudiannya menular masuk dalam pelbagai bentuk selepas jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniah. Aliran pemikiran barat ini bukan sahaja menjadikan akal sebagai tunjang utama malah cuba memisahkan agama daripada kehidupan manusia. Hal ini dapat dilihat dengan rosaknya agama Yahudi dan Nasrani apabila diresapi fahaman falsafah yang...